Akaun amanpalestinbp.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

HULURKAN SEDIKIT KEHANGATAN BUAT MEREKA DI SANA

MUSIM SEJUK BAKAL TIBA DI PALESTIN, SYRIA & YAMAN




Musim sejuk merupakan keadaan yang sangat mencabar buat rakyat di negara yang sedang menghadapi konflik dan bergolak seperti di Timur Tengah.


Kemiskinan dan kebuluran, ditambah dengan kesejukan kerana tidak mempunyai penempatan dan kemudahan yang mencukupi sangat menguji mereka.








Atas dasar tanggungjawab dan kemanusiaan, Aman Palestin melancarkan kempen Bantuan Musim Sejuk Syam dan Yaman 2020 bagi membantu saudara kita yang amat memerlukan di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman.

 

Bantuan Musim Sejuk ini juga telah dijalankan pada setiap tahun sebelum ini hasil sokongan para penyumbang:







BANTUAN MUSIM SEJUK (BMS)


Sertai Pakej Bantuan Musim Sejuk (BMS) bernilai RM250 yang merangkumi bantuan:

 

Pek makanan

Pemanas & kerosin

Kelengkapan harian

Keperluan pendidikan

Ubatan & kecemasan

 

Sumbangan seikhlas hati untuk Tabung BMS juga amat dialu-alukan. Ayuh bersama kita berkongsi rezeki membantu saudara kita sana yang sedang kelaparan dan kesejukan.








Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

 

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (HR Muslim)


Ayuh bersama menyumbang bagi membantu saudara kita di Syam dan Yaman. 



MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.

Sebarang pertanyaan hubungi:

010 846 0076
USTAZAH SITI NURSABRINA
Aman Palestin Berhad Cawangan Batu Pahat


Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda agar lebih ramai menyumbang dengan kongsikan pautan: https://kliksini.my/bantuanmusimsejuk2020



Hubungi Kami